|
|
| Thursday, 2-Oct-2008 08:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya Tragedy
|
|
| Quote: | Mentera Semerah Padi
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Oct-2008 08:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:::Raya Pertama:::2008
|
|
pagi Raya:::
"Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa"
Bunyi ringtone hanfon di kala raya.
"Hello...boleh ambil gambar kah? Kambar keluarga. boleh bah kan"Suara pemanggil saat aku menyambut panggilan. "Erm..boleh, tapiiii....." belum sempat pun menghabiskan kata-kata.'kami pigi (pergi) ambil kau sekarang" tuuuuut...panggilan terputus. Lihat jam dah dekat 10.30 pagi. "Sempatkah lagi ni?" monolog dalaman. Angkut beg nike. yakin dalam beg tu ada kamera. Sampai kampung tu dah jam 11. Mak aih, panasnya cuaca. mana tak panasnya kalau matahari tegak atas kepala. Konon nak setting kamera, buka beg syukur ada kamera & 1 lens. Itu pun lens tammy. Takpe la... ini pun boleh juga ni. Periksa beg lagi, mana speedlite aku... Sah! aku tak bawa pula. Ini angkara kelam kabut. "Takpela...siang juga"bisik hati. Pusing power kamera, alamak!!! bateri kamera tinggal 1 bar. cukup ker ni. Ini mesti kena jimat. Buka setting, adjust fungsi lcd. nak jimatkan tenaga elektri. Dalam jam 12 tgh hri barulah dapat memulakan keja group foto ni. Pergh! teriknya...kna charge lebih ni.selesai ambl gambar...;brapa lahh ko minta untuk famly shoot ni? tanya meraka. bagi je lah brapa-brapa yang korg nak bagi. aku dengan rela hati berkata demikian.offer raya la katakan .Selesai ambil gambar, sesi meronda disambung hingga ke pagi raya kedua.
Kepada keluarga terlibat, terima kasih & salam Aidilfitr, maaf Zahir batin
lyanglarhaltz
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 11:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:::SELAMAT HARI JADI:::
|
|
Sampai hari ulang tahun
Moga panjang umur
Moga murah rezeki
Moga dapat kawen cepat
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Sep-2008 12:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:::Ihsan:::
|
|
Dimanakah anda tika mereka memerlukan secebis ikhsan....
Saudara kita di luar negara memerlukan ihsan dari kita untuk meneruskan perjuangan mencari ilmu. Semoga ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Diari sidup si Buta memerlukan sumbangan ikhlas dari kita untuk meniti titian hidup di dunia fana ini.
Sedang kita cuma memandang, membiarkan apa yang diperlukan oleh mereka untuk dilangkah.
~lyanglarhaltz~
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Sep-2008 14:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2008::Bazar Ramadhan::Part II::Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
|
|
Bazar Ramadhan Seksyen 13, Shah Alam ini berhampiran dengan Stadium Shah Alam dan Pasaraya Giant. Bazar Ramadhan di sini dikatakan mempunyai pengunjung paling ramai antara bazar-bazar yang ada di sekitar Lembah Kelang.
berbanding dengan Bazar Jalan TAR, peniaga di sini cuma menjual juadah terutamanya juadah berbuka puasa. pelbagai hidangan dapat dilihat. Namun apa yang lebih menarik ialah golongan yang memerlukan bantuan....
LYANGLARHALTZ
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Sep-2008 19:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
::H A R U M A N::
|
|
Gambar ini diambil sekitar jam 1 pagi sementara menunggu waktu sahur.
Mungkin sebab esok cuti...Wah!! overtime malam ni.
Aku sengaja mencabar diriku mengambil gambar dalam low light, cuma menggunakan sumber lilin. Hasilnya masih mengecewakan. Gambar tak sharp. Masih banyak kelemahan, maknanya kena lebih banyak latihan...hehehe (macam sukan pula). Hampir dua jam cuba mendapatkan hasil yang baik. Hasilnya cuma beberapa keping gambar ini sahaja yang boleh ditonjolkan dalam entry kali ini. Urps!! da jam 4 pagi. da masuk waktu sahur ini. Alamak!! sekarang ini sedang berlangsung Champion League.Semuanya tak sedar kerana leka mengambil gambar ini. Jumpa lagi akan datang.
LYANGLARHALTZ
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Sep-2008 08:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2008::Bazar Ramadhan::Part I::JLN TAR, Kuala Lumpur.
|
|
Setiap kali bulan Ramadhan tentunya Bazaar ramadahan menjadi sebutan. Di sini sedikit gambar suasana Bazaar Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Suasana di Bazaar ini amat sesak. Berbanding Bazaar-bazaar lain yang kebiasaannya cuma menjual juadah berbuka puasa. Bazaar di sini menjual pelbagai jenis barangan. Dari juadah berbuka puasa kepada biskut raya hinggalah segala persiapan Hari Raya termasuklah baju-baju raya.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Sep-2008 16:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekolah Kini
|
|
Sekarang ni, kalau kita tengok bangunan-bangunan sekolah sekitar kita semuanya megah dengan konkrit. megah berdiri dan mengagumkan.Teringat sekolah kt kampung dulu, ada bangunan kayu berlantaikan buluh (bamboo). Bangunan pun berkolongkan debu. Berbanding kini, rata-rata bangunan sekolah konkrit tanpa kolong debu. Indah cantik dipandang. Tapi lebih sempurna andai sikap murid-murid kini lebih indah dari murid-murid satu ketika dahulu
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Sep-2008 12:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hidup Kena Pantas
|
|
Hidup ini kena pantas. lambat kita akan dipintas
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Aug-2008 13:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Olimpik Season
|
|
Bajet tak sampai Olimpik Beijing.
Majulah sukan untuk negara (Argentina?)
|
|
|
|