<height>60</height>
<description><![CDATA[http://lyanglarhaltz.wordpress.com()
Walaupun terasa berat nak tinggalkan fotopages ni. Tapi kesengsaraan warga Palestin akibat kekejaman Israel lebih berat. 
Saya akan berpindah ke rumah baru ----> http://lyanglarhaltz.wordpress.com/]]></description>
<description><![CDATA[Semalam layan forum baru tahu yang fotopages ni kepunyaan penjenayah Israel
Whois web Fotopages - http://whois.domaintools.com/fotopages.com
Whois Record
Registrant:
Pidgin Technologies Ltd
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
Domain name: FOTOPAGES.COM
Administrative Contact:
Kass, Ron
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
+972-3-6914668
Technical Contact:
Kass, Ron
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
+972-3-6914668
Registration Service Provider:
Everyones Internet,
http://www.ev1servers.net
Registrar of Record: TUCOWS, INC.
Record last updated on 29-Dec-2008.
Record expires on 29-Apr-2009.
Record created on 29-Apr-2003.
Registrar Domain Name Help Center:
http://domainhelp.tucows.com
Domain servers in listed order:
NS1.PIDGINTECH.COM
NS2.PIDGINTECH.COM
<description><![CDATA[Genap seminggu di 2009.
Akhirnya setelah beberapa minggu mencari, akhirnya aku berjaya menemui D70 (2nd hand). Aku beli D70 ni  hari sabtu lepas pada harga RM600. Shutter count 22000. kira ok lah kan. Mungkin aku rasa berbaloi. Bukan apa susah sangat nak dapatkan kamera pada harga bawah 1K. Aku sebenarnya cari kamera ni sebagai medium pembelajaranku. So ini dia D70 (2nd hand) yang baru jatuh ke ribaan ku. sekarang ni pun masih tengah meraba-raba. Thanx Mr.Yusoff
Isnin lepas pula baru dapat 'Road Tax" aku. Masa call sarjit tu, dia kata lewat Jumaat lepas lagi road aku dah done. Dia kata tak kontek aku sebab dia terlupa nak bawa keluar "Road Tax" lepas opis hour. Arghhh!!! tapi tak per lah sarjit. Janji aku dah dapat "Road Tax" dan boleh bergerak bebas. Tak payah lagi malu-malu nak lalu road block.
Seminggu meninggalkan tahun 2008 agak memeningkan. Dengan semangat bercuti tertinggal dikampung banyak perkara jadi huru hara. Story road tax dah satu hal.
Nak dijadikan cerita, Masa arrive di airport KLIA hari tu, tripod aku lost. Sabtu lepas, selepas beli kamera, staff KLIA call kasitau tripod dah ade, so dah boleh ambil.
Isnin (5hb) lepas dah dapat "road tax", aku pun dengan rasa riang pergi KLIA ambil tripod aku. On the way balik dari KLIA, singgah kat petronas kat tepi highway. Hajat nak keluarkan duit kat ATM yang ada di stesen petronas tue. Kali ini aku dapati kad-kad bank aku pula lost. Aku memang jadi gelabh. Rasa riang ria tadi bertukar jadi gundah kerisauan. Mana tak nya. bankcard dah hilang.
Sampai hari ini, aku belum dapat tuntut kad baru lagi. Asyik tak berkesempatan. Kerja asyik sibuk. Tiap-tiap petang pun nak meeting. GILA KERJA sungguh....
p/s: penulisan berterabur menggambarkan fikiran yang tengah bercelaru... mana taknya kewangan dah tahap gawat ni. nak pegi bank pun tak berkesempatan lagi :-S  ]]></description>
<description><![CDATA[Dalam tiga hari sejak balik dari Sabah, aku asyik duduk dekat rumah jer. Fikiran masih lagi blur. Masih terbayang sejuknya sungai. Katil + bilik yang bersepah. Lepak membuang masa bersama kawan-kawan.
Tahun 2009 baru sahaja tiba. Malam tadi ramai yang keluar menyambut tahun baru, tengok bunga api, keluar dengan awex, jalan-jalan cari pasal di malam tahun baru. Yelah semua nak merayakan tahun baru ikut cara masing-masing. Lain pula sambutan tahun baru bagi aku. Malam tadi duduk terperap kat rumah jer. Layan trilogy Pirates of the Caribbean kat astro Star Movie.
Bukan aku tak nak keluar berfoya-foya. Tapi...
Road tax keta aku dah mati.
Semalam nak cari Sarjit (dealer kat proton). Sarjit ni aku call banyak kali tapi tak pandai nak angkat. Mujur aku ni punya bibit-bibit sabar. Dek kerana kesabaran aku, akhirnya Sarjit ni sambut juga panggilan aku. Dengan suara yang macam orang baru bangun tido walhal jam dah menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari "Sorilah bang, I mc hari ni. Jumaat lah kita renew U punya road tax". Rasa kasihan pula aku dengar suara Sarjit ni. Tak pe la Sarjit, Jumaat nanti je lar kita urus yek. Tapi ko kena cepat sihat la. So kerana tak dapat renew roadtax semalam, aku pun menyambut tahun baru depan tv je :-> .
Azam pertama aku tahun ni nak renew roadtax hari jumaat nanti (esok)
SESIAPA YANG RASA-RASA NAK JUAL NIKON D70s, BAGITAHU AKU YER. Aku mengidam dah sangat ni]]></description>
<description><![CDATA[Takde apa nak diceritakan...cuma ada beberapa keping gambar yamg dirakam ketika di KKIA pagi tadi.
Semalam dah terkena baru jumpa slip tiket. Pagi tadi semangat melebih-lebih la pula. Siap bagun awal jam sejak 5.00 pagi lagi. So nak dijadikan cerita, pagi tadi akusampai awal kat KKIA (KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT). Flight jam 12.15 tengah hari. Lepas check in jam 9.30 pagi, saya punya banyak masa untuk meronda KKIA ni. Yerla, last aku departure dr KKIA ini 6 januari 2006 (selama ni asyik naik Airasia jer). Mesti dah banyak perubahan. Sebelum meronda, meh sarapan kat restoran mak cik dee (McD)
Big Breakfast, Tak sedap mana pun...Dah beli, belasah jer la. Sambil breakfast, surf Internet baca-baca news, masuk forum sat, survey kot-kot ada sesiapa yang nak jual D70s. Mengidam sungguh ni. Siap melepak kat McD, saja ambil masa pusing-pusing di KKIA ni.
Selayaknya KKIA ini memang banyak perubahan. Lagaknya dah macam KLIA. Jauh bezanya berbanding kali terakhir aku datang dulu. Kaunter daftar masuk pun dah banyak
beberapa kaunter yang masih belum dibuka.
kerja pengubahsuaian bangunan KKIA untuk jadi lebih best, harap-haraplah
Suasana di KKIA ini masih agak lengang.
Berapa kali aku tengok screen ni. Tengok jam. Huh! tak sabar nak balik pula.
tapi, aku ni lebih suka kalau suasana sentiasa tenang macam ni. Tak sesak. Otak pun tak jadi bingung.
<description><![CDATA[Sudah hampir dua bulan duduk bercuti ni, rasa hidup sangat lapang. Tidak banyak yang difikirkan. Rutin harian seperti biasa tidur, makan, lepak, pegi tengok kenduri kawin, mandi sungai & belek2 kamera.....(Bilalah aku ade job / bilalah aku pandai ambil gambar macam orang lain.
Keadaan bilik aku sepanjang tempoh bercuti ini.
Bangun petang tadi (rutin harian) seakan ada yang tak kena. Semacam ada satu benda yang tak cukup. Ku lihat bilik punya bersepah sana-sini. Dengan rasa tidak keruan, lantas tangan tiba-tiba jadi ringan nak kemas bilik. Padahal tak susah manapun kemas bilik ni. Tapi badan ni jer yang liat nak mengemas  LOL . 
Bilik aku dua jam kemudian
Siap dua jam berlalu, bilik aku yang huru-hara pun dah bertukar wajah. Kejap jer sebenarnya kemas bilik ni. Ditambah pula sesi makan-makan roti masa mengemas ni. Rasa puas bila bilik sendiri dah puas. "pandai juga rupanya aku ni mengemas, hehehe". Nak dijadikan cerita, masa mengemas ni, aku terjumpa satu keratan kertas yang kandungan boleh dikatakan penting jugalah.
Slip Flight
Aku jumpa slip flight MAS aku (tiket free je ni). Fuhyoo!!! Aku naik MAS. Yelah, selalunya naik Airasia je kan. Aku belek-belek slip ni, 30 DEC MH069 BKI-KOTA KINABALU      KUL-KUALA LUMPUR  1215. Aku buka pula kalendar, hari ini 29 DEC. Mak aih....flight aku esok rupanya. Warghhhh!!!! aku belum packing. Terpaksa menghuruhara semula bilik kemudian packing barang untuk flight esok. Fuhh!!!  ini baru sungguh-sungguh nak kemas. 
Mungkin ada hikmah hatiku tiba-tiba tergerak untuk kemas bilik petang tadi. Dek terbuai dengan cuti, aku sangkakan minggu depan baru aku balik. Kalau tak kemas mungkin tak jumpa slip flight aku. kalau aku tak jumpa mesti aku dah lupa esok flight aku. Kalau aku dah lupa esok flight, confirm aku terlepas flight  dan terpaksa beli tiket baru. Arghhhhhh!!!! aku yang semakin lali.
P/S:
1. Pastikan bilik anda sentiasa kemas
2. Coretan mengarut dari aku yang tak puas bercuti...
Akoo tak puas bercutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :head_bang: ]]></description>
<description><![CDATA[Makan, tidur, lepak, sungai, komputer, Internet, kenduri kawen. Itu je lah rutin harian sepanjang cuti. Sekarang ni tinggal menghitung hari nak balik selangor.
Tenom ni merupakan daerah di kawasan pedalaman Sabah. terletak kira-kira 160km (aku pun tak pasti berapa jarak sebenar, hehehe). Rasanya kali terakhir aku datang Tenom ni pada tahun 2005. Fuh!!! lama jugak rupanya. Tapi kat sini bukan nak cerita pasal Tenom ni (lain kali baru cerita pasal Tenom).
Sazri & Yuriani telah selamat diijab kabulkan pada 20 Disember 2008 , jam .... (aku tak sempat tengok jam masa tu, hehe) bertempat di rumah Yuriani (pengantin cewek) di Kampung Mandalom Lama, Tenom. Kali pertama aku datang kampung ni, yer la aku bukan berapa ariff pasal daerah ni. Datang tu pun nasib baik kawan tunjuk jalan. 
Majoriti kat Tenom ni, masyarakatnya berbangsa Murut. So, sebelum sampai tu memang aku imagine akan dapat tengok persandingan pakaian tradisi ni. Macam kat Beaufort hari tu dapat tengok pakaian Bisaya. Malangnya, persandingan Sazri & Yuriani ni takde persalinan tradisi. Tapi takpe, sebab pengantin ni memang spoting + cun + cool = best. Tambah-tambah lagi sazri, memang suka bergurau. Confirm terhibur dengan dorang ni. Ditambah lagi aksi-aksi spontan dari Sazri. Kalau ikut kan cerita dorang (kalau tak silap dengar lah), dorang ni dah bercinta selama 12 tahun. Wow! hebat sungguh percintaan dorang ni. Sah!!! Cinta sejati. Keluarga dorang ni pun semuanya spoting sungguh. Layan kita orang dengan baik. Kazen-mazen pun cun :-D. 
SELAMAT PENGANTIN BARU SAZRI DAN YURIANI.
Teks dari sastera Brunei. Ni pun first time aku jumpa. Cerita dia pun best2.
Majlis pernikahan, memang santai sungguh. Dengan sekali lafaz, Yuriani sah menjadi pasangan Sazri. 
Mengarak Raja sehari. Rombongan dari pihak Sazri.
Adat diwarisi, laksana jadi tradisi.
Selamat pengantin baru...erk??(hehehe  ;-) )
Yuriani, ingat pesan saya. no fon tu x dapat la, apa kes?..hehehe]]></description>
<description><![CDATA[Setelah dua minggu melangsungkan pernikahan, member gue ini mengadakan pula majlis bertandang. Dalam cuaca yang cerah majlis diadakan di Beaufort semalam. Pengantin tiba kira-kira jam 11.30 pagi. Fuhh!!! Di Sabah ni, kalau dah jam 11 lebih, matahari memeang terik. macam Jam 12.30 di semenanjung. Berpeluh jugalah dibuatnya. Tpi kita orang semua memang enjoy. Apatah lagi ramai kawan-kawan yang datang. Macam-macam perangai pelik la keluar. Neway semua majlis telah sempurna dilaksanakan. So Aming + Kizzy, Selamat Pengantin baru, Semoga bahagia hingga ke akhirnya.
Ketibaan pasangan pengantin, tengah terik ni
Melangkah Mahligai
Click...Click...Click... Para tetamu berebut-rebut mengambil gambar.
Terpaksa menyisip ke celah-celah ruang yang ada.
Pakaian Etnik / Ethnic Dresses... Kasihan aku tengok dorang ni. ada beberapa pakaian etnik harus di pakai / persalinan. Persediaan sepasang persalinan mengambil masa lebih dari 30 minit. Naik atas pelamin lebih kurang 15 minit, lepas tu masuk lagi tukar pakaian. 
Pedang Kayu / Wooden Sword. Pedang ini adalah hasil tangan adik Aming, Apissss. Memang kreatif.
Payung bukan sekadar gaya & aksi, tapi memang hari dah hujan  :-D 
Waktu nak keluar buat outdoor, hujan pula tiba-tiba mula turun. So kita orang buat outdoor belakang rumah Aming saja. Snap beberapa click and Chalowww... Hujan makin lebat.]]></description>
Cuti yang panjang ini membuatkan aku banyak makan + tidur. Nak keluar pun tak tahu nak pergi mana. Maklumlah tinggal dipekan kecil ni. Lagipun aku takde transport kat sini. Keta aku tinggal kat Selangor. "weih!!! apa kena mengena ceritaaku dengan gambar yang di post" hahahahaha.
    Neway, gambar-gambar ini cuma dirakam / diambil di tepi jalan raya kat Banjaran Crocker. 
Silat is an umbrella term used to describe the martial art forms practiced throughout the Malay Archipelago. Internationally it is now called Pencak Silat. Silat is a combative art of fighting and survival and it has been evolved in Indonesia, Malaysia and Brunei Darussalam civilizations for centuries into social culture and tradition. During the colonization era, both in Malaysia and Singapore as British Colonies and in Indonesia as Dutch colonies, practitioners (locally known as pesilat) used the martial art as a form to liberate[citation needed] from foreign authorities.
http://en.wikipedia.org/wiki/Silat(source= wikipedia)]]></description>